KUALA LUMPUR – Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia. Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara. Dalam kenyataan bersama hari ini, MasterCard dan CrescentRating berkata, Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam. Negara lain dalam kalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya