PULAU PINANG 2 April – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket makmal haram memproses dadah yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Simpang Ampat di sini, Khamis lalu. Pembongkaran kegiatan itu susulan penahanan seorang suspek warga tempatan berusia 60 tahun di tepi jalan di kawasan tersebut. Penahanan suspek itu kemudiannya membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek warga Myanmar berusia 40 tahun di rumah…










