Mak nyah, rakan dipenjara gara-gara curi kosmetik - Utusan Malaysia

Mak nyah, rakan dipenjara gara-gara curi kosmetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 1 April – Seorang mak nyah bersama rakannya dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri pelbagai barangan kosmetik bernilai RM150 di sebuah kedai di Paya Bunga (PB) Square, minggu lalu.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Ridzwan Mohamad Nor, 23, dan rakannya, Rashidah Jusoh, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, Abdul Hayyi memerintahkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh digantikan dengan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama empat jam sehari untuk tempoh tiga bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekiranya gagal mematuhi PKW itu, mereka akan dihadapkan sekali lagi ke mahkamah dan dikenakan hukuman asal.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa mencuri dua botol pembersih solekan berjenama Loreal, dua botol kosmetik Rimmel, satu deodorant Nivea dan sebotol pewangi Dashing yang kesemuanya bernilai RM150 di sebuah kedai di PB Square antara pukul 7.15 malam hingga 7.30 malam pada 26 Mac lalu.

Mereka ditahan di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Sultan Mahmud keesokan harinya bersama barangan yang dicuri yang disimpan dalam but kenderaan.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden L.Rathna manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini