IPOH 4 April – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyasarkan untuk melahirkan lebih 100 usahawan asnaf melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) pada tahun ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Haidi Sulaiman berkata, sejak program itu dijalankan bermula pada tahun 2012, sebanyak 360 usahawan berjaya diwujudkan dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Katanya, kesemua usahawan tersebut dibimbing dan diberi latihan serta dipantau perkembangannya oleh syarikat penyedia khidmat…










