PEMIMPIN mahasiswa sama ada di universiti awam atau pun swasta sentiasa disarankan supaya terlibat secara aktif dalam kerja-kerja yang dapat membantu pendidikan negara. Ini termasuklah dalam membawa perubahan baru dalam Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21). PAK-21 merupakan pendidikan yang menitikberatkan pelajar aktif dalam pembelajaran. Dalam PAK-21, guru atau pendidik hanya bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan persekitaran seperti di alam pekerjaan. Atas pemahaman itu dan kemahuan untuk…