ALOR SETAR- Pasukan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) menyajikan aksi cemerlang pada saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sebentar tadi. Pada perlumbaan yang bermula dari Bagan, Pulau Pinang hingga Alor Setar, Kedah sejauh 130.8 kilometer (km) itu, dua pelumbanya iaitu Youcef Reguigui dan Mohd. Hariff Saleh berjaya menakluk podium dua dan tiga dengan catatan 2 jam 47 minit 19 saat. Sekiranya prestasi tersebut dikekalkan pada baki…










