LIVERPOOL 10 April – Gol babak pertama Naby Keita dan Roberto Firmino memastikan Liverpool meraih bekalan untuk dibawa ke Portugal minggu depan selepas menundukkan Porto 2-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, hari ini. Apa yang lebih melegakan pengendali Reds, Jurgen Klopp adalah memastikan gawang mereka tidak dibolosi di laman sendiri. Biarpun Liverpool mensia-siakan banyak peluang untuk menambah jaringan selepas menguasai sebahagian besar permainan, namun keputusan itu tetap menggembirakan Klopp. Keita meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kelima selepas rembatannya terkena pemain lawan, Oliver Torres sebelum menerjah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya