Mercedes-AMG GLA 45 4Matic ini adalah raksasa di jalan raya. Kuasanya memang super dahsyat. Dengan kata lain, tulis banyak pun tak guna, eloklah untuk memandu uji model itu sendiri daripada mendengar cakap-cakap orang tentang kehebatannya. Tetapi dengan harga RM413,888 sebuah, mungkin tidak ramai di antara kita berani untuk pergi ke bilik pameran Mercedes-Benz bagi mengujinya. Jika memandu uji pun segan kerana harganya, apatah lagi untuk memilikinya. Kenapa saya kata raksasa?…










