PARIT BUNTAR 11 April – Seorang lelaki berusia 65 tahun yang terjun ke dalam sungai dekat Jambatan Sungai Kerian semalam ditemukan lemas hari ini. Mayat ditemukan terapung kira-kira 200 meter dari tempat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, Ahmad Rossyed Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.30 pagi…









