Lelaki Singapura maut dirempuh lori - Utusan Malaysia

Lelaki Singapura maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 April – Seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berada di lorong kiri di Kilometer 7.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha YBR 125 seorang diri dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke pusat bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa mangsa berada di lorong kiri dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong itu kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar belakang.

KEADAAN motosikal yang ditunggang lelaki singapura yang melanggar belakang sebuah lori di Kilometer
KEADAAN motosikal yang ditunggang lelaki singapura yang melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 7.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi. – UTUSAN ONLINE

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.

Shahurinain berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini