Lelaki cemas diserang perompak - Utusan Malaysia

Lelaki cemas diserang perompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 April- Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diserang dua perompak di Coundon, di sini baru-baru ini. Ketika kejadian berlaku, Ryan Walsh, 24, berjalan menuju ke depan pintu masuk rumahnya sebelum didatangi dua individu bersenjatakan pisau. Walsh yang dipaksa menyerahkan kunci keretanya cuba melawan lelaki-lelaki tersebut sebelum seorang lelaki dan dua jirannya datang memberi pertolongan mengusir perompak berkenaan. Ekoran pergelutan tersebut, mangsa dilaporkan mengalami luka-luka kecil pada bahagian tangan dan pinggangnya. Dalam pada itu, polis mengesahkan menerima aduan berkenaan insiden tersebut sekitar pukul 7.30 petang waktu tempatan.-AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN