KLANG – Seorang lelaki yang mengamuk dan menyerang anggota polis di hadapan sebuah bank di sini pada 2 April lalu didakwa atas tiga pertuduhan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia 41 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain. Lelaki itu didakwa di HTAR berikutan masih menerima rawatan susulan terkena dua…










