KUALA LUMPUR 30 April – Pengusaha premis makanan harus lebih bijak menarik pelanggan dan tidak merasa ‘terbeban’ dengan pewartaan premis berkenaan sebagai tempat larangan merokok, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye. Ini, katanya, kerana golongan yang tidak merokok adalah jauh lebih ramai. “Yang merokok itu 23 peratus (penduduk Malaysia) manakala yang tidak merokok hampir 80 peratus. Harus ada kebijaksanaan supaya pengusaha premis makanan tumpu untuk menarik pelanggan yang…