GOPENG 11 April – Polis menerima empat laporan palsu yang tular dalam media sosial mengenai seorang peserta acara larian lasak, Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu. Antara laporan polis yang dibuat ialah berita palsu kononnya Mohamad Ashraf sudah ditemui, sudah berkahwin dengan jin dan disorok penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, empat laporan tersebut diterima…










