KUALA LUMPUR 11 April – Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kerabat diraja di negara ini yang didapati secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu oleh mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan. Katanya, tindakan tidak dapat dilakukan polis sekiranya tiada laporan dilakukan. “Kita di peringkat kementerian, kita serahkan kepada polis untuk membuat tindakan berpandukan kepada…










