KUALA LUMPUR 6 April – Penyerang dari Brazil, Guilherme de Paula muncul wira Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol kemenangan untuk menundukkan Kedah 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi. Lebih manis, The City Boys buat pertama kali meraih tiga mata sepanjang lapan perlawanan liga sekali gus menamatkan badi tanpa mata dalam saingan musim ini. Beraksi di laman sendiri, Kuala Lumpur membuka tirai jaringan…










