KOTA BHARU 11 April – Hasil kutipan jualan tiket setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di sini akan digunakan sepenuhnya untuk membayar gaji barisan pemain The Red Warriors (TRW) musim ini. Ahli Lembaga Pengarah KRW Sdn. Bhd. Syed Abdullah Syed Mahmood berkata, pendekatan tersebut adalah langkah jangka pendek dalam usaha membantu menyelesaikan masalah kewangan yang sedang membelenggu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini. Menurutnya, aksi menentang PDRM malam esok menjadi titik permulaan kepada langkah berkenaan yang kemudian akan diteruskan sehingga akhir musim ini. “Segala hasil kutipan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya