KOTA BHARU – Hasil kutipan jualan tiket setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini akan digunakan sepenuhnya untuk membayar gaji barisan pemain The Red Warriors (TRW) musim ini. Ahli Lembaga Pengarah KRW Sdn. Bhd., Syed Abdullah Syed Mahmood berkata, pendekatan tersebut merupakan langkah jangka pendek dalam usaha membantu menyelesaikan masalah kewangan yang sedang membelenggu persatuan ketika ini. Menurutnya, aksi menentang PDRM malam esok menjadi titik permulaan…










