ADDIS ABABA 4 April – Krew pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas bulan lalu, dikatakan berulang kali mengikuti prosedur yang disarankan oleh Boeing namun tidak dapat mengawal pesawat terbabit. Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Pengangkutan Ethiopia, Dagmawit Moges ketika membacakan laporan awal berhubung nahas berkenaan hari ini. “Krew menjalankan semua prosedur yang diberikan oleh pengeluar (Boeing) berulang kali tetapi tidak dapat mengawal pesawat itu,” katanya. Tambah Moges, laporan tersebut turut menyarankan agar sistem kawalan penerbangan pesawat diteliti semula oleh Boeing. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya