KPU siasat kertas undi di Malaysia - Utusan Malaysia

KPU siasat kertas undi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 11 April – Kertas undi pilihan raya umum (Pemilu) Indonesia yang telah ditandakan didakwa ditemukan oleh sebilangan warga Indonesia di sebuah premis di Selangor, Malaysia.

Detik News melaporkan, Pengawas Pemilu Luar Negara (Panwaslu) Kuala Lumpur, Yaza Azzahara berkata, pihak­nya mendapat maklumat itu kira-kira pukul 2 petang ini dan terus mengadakan pemeriksaan di lokasi penemuan kertas undi tersebut.

“Kertas undi itu sah dan memang sudah ditandakan,” jelasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Undian awal bagi Pemilu warga Indonesia di Malaysia akan diadakan pada 14 April ini.

Kertas-kertas undian tersebut dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan di sebuah rumah kedai di Bangi, Selangor.

Menurut Yaza, kertas undi itu telah ditandakan untuk gandingan calon nombor satu Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin serta beberapa calon le­gislatif lain.

“Jadi berdasarkan contoh yang kita ambil, terdapat beberapa kertas undi yang sudah ditandakan. Ini sudah kami sampaikan ke Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu),” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) telah menghantar dua pegawai, Hasyim Asyari dan Ilham Saputra untuk memeriksa penemuan kertas undi tersebut.

“Sebenarnya kami belum menerima maklumat lengkap dan menghantar dua pegawai ke Malaysia untuk siasatan lanjut,” jelas Pesuruhjaya KPU, Wahyu Setiawan.

Setiausaha Pasukan Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma’ruf di Malaysia, Datuk M. Zainul Ariffin memberitahu, pihaknya mencurigai penemuan kertas undi berkenaan dan yakin se­ngaja dibuat oleh individu tertentu untuk mencetuskan ke­tegangan sempena Pemilu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini