SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas kira-kira 3,000 unit produk kosmetik dan kesihatan tiruan berjenama antarabangsa dalam serbuan di tiga buah premis di sini hari ini. Serbuan selama kira-kira tiga jam bermula pukul 2 petang itu melibatkan nilai rampasan kira-kira RM500,000. Antara yang dirampas ialah minyak wangi, gincu, pelembab badan dan ubat kuat. Timbalan Pengarah KPDNHEP negeri, Chin Ching Chung berkata, pihaknya…









