PULAU PINANG 9 April – Sambutan ulang tahun ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM) tahun ini mencatatkan peristiwa bersejarah dan tersendiri menerusi program konvoi amal sebanyak 100 buah motosikal. Program konvoi tiga hari dua malam itu disertai kakitangan dan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) bermula di kampus induk di sini ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) di Bertam sebelum ke Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Selepas bermalam di Kelantan, konvoi itu bergerak ke USM Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal sebelum kembali semula ke kampus induk di sini. Sepanjang konvoi itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya