IPOH – Sempena Ramadan tahun ini, Hotel Impiana yang terletak di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini menawarkan bufet Ramadan dengan pelbagai juadah berbuka puasa berkonsepkan ala gerai. Pengarah Jualan dan Pemasaran hotel berkenaan, Normah Ahmad berkata, pihaknya memilih konsep tersebut bagi mengelakkan pembaziran iaitu dengan menyediakan makanan mengikut jumlah tempahan tetamu sahaja. Menurut beliau, menerusi kaedah tersebut lebihan makanan dapat dikurangkan berbanding hidangan konsep secara buffet, namun kualiti juadah…










