KEJOHANAN Piala Causeway 2019 yang memasuki edisi ke-13 kembali lagi dan bakal berlangsung pada 9 dan 10 September tahun ini. Kali ini, misi mempertahankan kejuaraan milik pasukan Media Malaysia dilihat agak sukar dan memberi cabaran buat pemain-pemain Media Malaysia kerana ia akan diadakan di Kelab Golf Sentosa, Singapura. Justeru, bagi mencapai misi tersebut, telah diadakan satu kejohanan ‘Media Get2gether’ baru-baru ini bertujuan mencari pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili pasukan Media…










