KLANG 12 April – Pasukan penyelamat mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kebakaran kilang silikon di Pulau Indah, yang insiden itu dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer. Ketika ini pasukan bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumut untuk mengawal keadaan dan kebakaran dipercayai sudah memusnahkan 1.2 hektar kawasan kilang tersebut. Buat masa ini juga, tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut berhubung kebimbangan mengenai pencemaran udara akibat kebakaran bahan kimia tersebut. Jurucakap bomba dan penyelamat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.54 malam dengan sejumlah besar anggota serta pegawai dari lima buah balai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya