KUALA LUMPUR 2 April – Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melakar kejutan dengan menyingkirkan pilihan ketiga dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Malaysia, hari ini. Aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil itu menyaksikan pasangan negara mengambil masa 37 minit untuk menyingkirkan Watanabe-Higashino 21-16, 21-15 dan akan berdepan cabaran Pranaav Jerry Chopra-N. Sikki Reddy yang menang ke atas Sam Magee-Chloe…










