KUALITI pertandingan yang tinggi merupakan faktor utama jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail sanggup melakukan ‘kerja gila’ dengan menyertai tiga kejohanan dalam tempoh seminggu. Hakimi, 28, mengakui ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana atlet berprofil tinggi kerana situasi itu mampu mengundang risiko seperti kecederaan dan kepenatan melampau. Pemegang rekod kebangsaan menerusi catatan 16.77 meter (m) itu tidak kisah asalkan dia dapat bersaing menguji kemampuannya dengan atlet-atlet handalan dalam…