“Pegang kata-kata ini, pada masa hadapan kombinasi kereta dan kapal terbang akan wujud. Kamu boleh senyum mengejek, tetapi ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti.” Ini antara petikan terkenal yang pernah diungkapkan oleh Henry Ford pada tahun 1940 mengenai kereta terbang. Sembilan tahun selepas itu, seorang jurutera penerbangan terkenal, Moulton Taylor telah mencipta dan berjaya menerbangkan kereta terbang yang dikenali sebagai Aerocar, sekali gus membuktikan teori ‘mustahil’ Ford mampu direalisasikan.…










