ALOR SETAR 1 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disindir terus memungkiri janji untuk tidak melibatkan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan apabila melantik Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Mac lepas. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd. Fadzil Zolkifli berkata, pelantikan itu juga sekali gus menambah ‘koleksi’ jawatan Mukhriz yang turut menjawat pengerusi beberapa…










