Kerajaan Nepal hantar pasukan kutip sampah di Gunung Everest - Utusan Malaysia

Kerajaan Nepal hantar pasukan kutip sampah di Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU 11 April – Sebuah pasukan berdedikasi akan dihantar ke semasa musim pendakian pada kali ini untuk mengutip sampah dan mayat yang mencemarkan gunung tertinggi dunia itu.

Ketua Jabatan Pelancongan Nepal, Dandu Raj Ghimir memberitahu, sejak aktiviti pendakian dikomersialkan, gunung itu bertukar wajah menjadi tempat longgokan sampah seperti khemah, kelengkapan pendakian, tin kosong dan sisa-sisa makanan sepanjang laluan ke puncak setinggi 8,848 meter itu.

“Kami bangga memiliki gunung tertinggi di dunia tetapi kami sering dituduh kerana tidak membersihkannya, maka sekarang kami berganding bahu untuk membersihkan gunung itu,” katanya di sini hari ini. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×