KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada berhubung proses pemberian kewarganegaraan. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian semula itu bertujuan mempercepatkan proses permohonan, tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan. “Untuk mempercepatkan di mana ia boleh dilaksanakan, jadi pihak yang berkenaan tidak perlu menunggu terlalu lama, itulah yang kami cuba lakukan (kajian semula)* ia akan berteraskan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan,”…










