ALOR SETAR 14 April – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) memberi gambaran jelas penolakan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, kekalahan PH sudah tentu memberi tamparan hebat, lebih-lebih lagi ia adalah kali ketiga berturut-turut. Menurut beliau, keputusan PRK Rantau juga memberi tafsiran tersirat bagaimana rakyat mula muak dengan cara PH…










