GERIK 22 April – Keputusan ujian deoksiribonukleik (DNA) tulang dan beberapa serpihannya yang ditemukan di Gua Kandu di Gopeng kelmarin akan diketahui dalam tempoh sebulan ke dua bulan lagi. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, hasil keputusan DNA itu nanti akan disuai padan sama ada ia bertepatan dengan DNA ibu Mohammad Ashraf Hassan atau ahli keluarganya yang lain. “Tulang yang dijumpai itu telah diambil untuk dianalisis bagi menentukan tulang…










