Keputusan Bersatu masuk Sabah tepat - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Keputusan Bersatu masuk Sabah tepat – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG – Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melebarkan sayap seterusnya bertapak di Sabah adalah tepat berikutan sambutan luar biasa rakyatnya dalam menerima penubuhan Bersatu di negeri itu, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perhimpunan penyokong Bersatu Sabah dengan memakai baju berwarna merah pada majlis pelancaran penubuhan Bersatu di negeri itu pada hari ini adalah terbesar yang pernah dilihat sejak parti berkenaan ditubuhkan lebih kurang dua tahun lalu.

“Kedatangan Bersatu ke Sabah adalah atas permintaan rakyat Sabah sendiri dan sebagai menghormati permintaan itu, kepimpinan Bersatu berbincang dengan rakan di Sabah termasuk pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan akhirnya (kami) memutuskan Bersatu ditubuhkan di Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemasukan Bersatu ke Sabah adalah untuk mengukuhkan lagi kepimpinan kerajaan yang ada di Sabah sama ada dipimpin oleh Presiden Warisan (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) dan didukung bersama oleh pimpinan Pakatan Harapan di Sabah.

“Pastinya penubuhan Bersatu di Sabah, kedudukan politik Sabah bukan sahaja harus kukuh tetapi  stabil dan kekuatan itu akan dapat menentukan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada bekerja rapat dengan kerajaan Pusat sekali gus Sabah akan terus kekal maju di masa depan,” katanya berucap pada majlis itu, di sini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini