KUALA LUMPUR 12 April – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menganjurkan Pesta Burung Antarabangsa Kuala Kubu Bharu (KKB)2019 bertempat di Taman Warisan Selangor, dekat sini pada 19 hingga 20 April ini. MDHS dalam web rasminya memberitahu, pelbagai acara menarik diatur sepanjang acara tiga hari itu antaranya pameran pelbagai spesies burung dan melukis untuk kanak-kanak. “Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh layari Facebook WOKKBOfficial,” menurut laman web tersebut di sini…









