KUALA LUMPUR 9 April – Kementerian Pendidikan hari ini menafikan pihaknya akan berbincang mengenai status empat anggota akademik yang menjalankan rumusan eksekutif berhubung perjanjian antarabangsa Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), baru-baru ini. Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, penjelasan tersebut sebaliknya merujuk kepada pandangan yang dibangkitkan sekumpulan mahasiswa dan aktivis pelajar. “Pertama, saya ingin menegaskan saya tidak mengatakan yang kedudukan mereka sebagai anggota akademik akan dibincangkan. “Kedua, semasa disoal…










