KUALA LUMPUR 10 April- Rapid Bus bersedia memberi kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung satu kemalangan melibatkan sebuah bas Rapid KL Laluan 170 di Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul tengahari tadi.
Rapid Bus dalam memaklumkan, kejadian yang berlaku pada pukul 12.36 tengah hari itu seorang penunggang motosikal wanita yang cuba memotong sebuah kereta dalam keadaan laju telah melanggar bonggol jalan dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar bahagian depan bas yang datang dari arah bertentangan.
“Mangsa yang kritikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun, kapten bas serta 20 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut Rapid Bus dalam satu kenyataan di sini.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Bandar.-UTUSAN ONLINE











