KOTA BHARU 3 April – Kelantan United yang beraksi dalam saingan Liga M3 melakukan kejutan apabila menyingkirkan Sabah 1-0 pada aksi Piala FA 2019 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi. Gol kemenangan Kelantan United terhasil menerusi sepakan percuma cantik Fakrul Zaman Abdullah Zawawi pada minit keenam perlawanan. Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, Sabah cuba bangkit dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi Ricco Nigel Milus. Sabah terus bernafsu untuk merapatkan jurang namun tandukan Luka Milunovic pada minit ke-41 diselamatkan Mohd Shahrizan Ismail. Bersambung babak kedua,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya