SEORANG wanita warga emas tekun meletakkan hiasan bunga di atas kek di hadapannya. Dia begitu berhati-hati melakukan dekorasi tersebut agar hasilnya menepati kehendaknya. “Saya gembira mengikuti kursus ini kerana dapat mendalami ilmu menghasilkan dan mendekorasikan kek,” jelas Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, 70. Ia merupakan rutinnya dua kali sebulan dengan hadir ke Koperasi Anak Sains Mara Berhad (Asmara) yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur itu bagi mengikuti kursus…









