MARANG 5 April – Sebanyak 23 pasukan mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang 2019 yang bermula malam tadi hingga Julai depan. Kejohanan yang antara lain bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak itu dirasmikan oleh Menteri Besar yang juga ADUN Rhu Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM) di sini malam tadi. Persaingan bermula dengan menyaksikan…










