Kejohanan bola sepak orang pekak di USM Kubang Kerian - Utusan Malaysia

Kejohanan bola sepak orang pekak di USM Kubang Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April – Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dengan sokongan Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia kali ke-10 yang bermula semalam hingga 19 April ini.

POSTER Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia kali ke-10. – UTUSAN ONLINE

Kejohanan yang bermula pada pukul 3 petang itu berlangsung di Mini Stadium Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program dengan kerjasama Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini