BANGKOK 9 April – Jalan dan lebuh raya di Thailand dijangka penuh sesak dengan berjuta kenderaan bermula esok apabila warga Thai pulang ke kampung halaman untuk menyambut festival Songkran, tahun baharu tradisi Thailand, hujung minggu ini. Festival Songkran selama tiga hari akan bermula Jumaat ini hingga 15 April, bagaimanapun tahun ini Kabinet bersetuju untuk memanjangkan tempoh cuti sehingga lima hari iaitu dari 12 hingga 16 April. Kehangatan cuti panjang itu…










