PEMAIN skuasy negara, Low Wee Wern tidak putus semangat meskipun terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Antarabangsa El Gouna di Mesir semalam ekoran kecederaan lutut biarpun beraksi cemerlang di pentas final Terbuka Macau pada Ahad lalu. Wee Wern melakukan kejutan di Macau apabila menumbangkan tiga pemain Mesir dalam kemaraannya ke pentas final sebelum akur kepada pilihan utama dari Hong Kong, Annie Au 5-11, 11-13, 8-11. Bekas pemain No. 5 dunia itu mengalami kecederaan selepas kekalahan tersebut dan mengakui masih belum pulih sepenuhnya, sekali gus memaksanya mengambil keputusan melupakan penyertaannya di Mesir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya