BINTULU 15 April – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) rentung, manakala ibunya seorang warga emas melecur di bahagian badan dan lengan dalam kebakaran di Rumah Panjang Chandi di Selangau, di sini semalam. Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan pagi ini berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Riti Jubi, 43, manakala ibunya Diah Bunyah, 80, melecur 10 peratus dalam kebakaran yang meranapkan sama sekali rumah panjang 22 buah…










