SEKALIPUN baharu setahun jagung dalam sukan berbasikal, namun potensi Noor Hidayah Yaakub jika digilap mampu memberikan impak besar terhadap arena negara. Mula menceburi dan bergiat aktif dalam sukan tersebut pada 2017, Noor Hidayah yang menamatkan saingan di No. 7 dalam acara kejar-mengejar berpasukan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018 Perak, memasang azam untuk membarisi skuad kebangsaan satu hari nanti. Selain berhasrat mewakili Malaysia, pelumba berusia 16 tahun itu turut berazam memperbaiki…