KUALA LUMPUR 25 April – Kawalan keselamatan terutamanya melibatkan kawasan sensitif akan terus dipertingkat bagi mengelak serangan berdarah yang meragut banyak nyawa di Sri Lanka dan Christchurch, New Zealand tidak berlaku di dalam negara. Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, arahan sudah dikeluarkan Ketua Polis Negara melibatkan seluruh kontinjen polis. “Orang ramai tidak perlu bimbang kerana polis akan sentiasa meningkatkan rondaan di rumah-rumah ibadat dan premis-premis lain. “Kerjasama orang ramai juga amat diharapkan bagi menyalurkan maklumat berhubung sebarang bentuk ancaman,” katanya merasmikan Seminar Hentikan Keganasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya