PERGUNUNGAN ANDES, Peru – Seorang jurugambar Itali berjaya merakam gambar seekor katak kecil menjaga telur labah-labah tarantula gergasi di hutan hujan Amazon di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail. Emanuele Biggi memaklumkan katak tersebut menangkap serangga seperti semut dan lalat parasit yang cuba menghampiri telur berkenaan dan pada masa sama labah-labah gergasi itu melindunginya daripada pemangsa lain. “Saya pernah dengar tentang fenomena labah-labah dan katak hidup bersama sebelum ini…










