BANGKOK 11 April – Kastam Thailand menahan dua buah kapal bersama 140,000 liter diesel bernilai 5.5 juta baht di wilayah Rayong, pantai timur Teluk Siam. Jurucakap Jabatan Kastam, Chaiyuth Kamkun berkata, unit peronda kastam menemukan 60,000 liter diesel dalam tangki yang diubahsuai dalam kapal tersebut sementara 80,000 liter lagi ditemukan dalam sebuah lagi kapal pada tengah malam kelmarin di perairan Thailand. “Sembilan kru, semuanya warga tempatan ditahan untuk siasatan. Harga…









