Kane, Alli bakal berehat panjang? - Utusan Malaysia

Kane, Alli bakal berehat panjang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 April – Tottenham Hotspur mungkin terpaksa melupakan khidmat kaptennya, Harry Kane untuk baki musim ini selepas penyerang England itu mengalami kecederaan serius di bahagian pergelangan kaki kirinya ketika menewaskan Manchester City dalam pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Spurs dalam satu kenyataan berkata, ujian mendapati pemain tengah Dele Alli cedera pada tangan kirinya ketika aksi itu, namun dia mungkin boleh beraksi menentang pasukan yang sudah tersingkir Huddersfield Town hujung minggu ini.

Kane, yang pernah cedera di bahagian buku lali sama musim ini, dilihat meninggalkan stadium baharu Tottenham dengan menggunakan topang ketiak selepas cedera apabila cuba perebutan bola dengan Fabian Delph pada awal babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perlawanan berkenaan menyaksikan jaringan tunggal Son Heung-min memberi kelebihan 1-0 buat Spurs menjelang aksi kedua minggu depan.

Bagaimanapun, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino bersedia menerima hakikat sekiranya Kane terpaksa direhatkan sepanjang musim ini.

Semalam, Spurs mendedahkan ujian ke atas buku lali Kane yang tercedera menunjukkan kecederaan ligamen di pergelangan kaki kiri tetapi kelab itu memberi bayangan bahawa penyerang itu boleh kembali musim ini sambil mengatakan perkembangannya akan terus dinilai oleh kakitangan perubatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Dele Alli akan dinilai untuk menentukan kedudukannya menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Huddersfield Town, hujung minggu ini,” menerusi satu kenyataan kelab itu.

Kane, yang meledak 17 gol Liga Perdana musim ini, terlepas aksi selama enam minggu akibat kecederaan buku lali pada awal tahun ini.

Spurs akan menghadapi City dalam suku akhir kedua, Khamis depan, sebelum melanjutkan perseteruan mereka dalam liga apabila kembali ke Stadium Etihad, tiga hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini