SRINAGAR 1 April- Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang anggota tentera terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara tentera India dan Pakistan di sempadan Kashmir, di sini.
Kanak-kanak tersebut yang berumur lima tahun maut selepas sebutir bom yang dilepaskan ke dalam rumahnya meletup.
Tiga anggota tentera India dilaporkan turut mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.-AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











